KEMPEN 26 JUTA POKOK
21:58 | Author: mraz
Putrajaya mengambil langkah yang baik dengan melancarkan kempen menanam 26 juta pokok menjelang tahun 2014.
Usaha seperti ini perlu disokong sepenuhnya kerana ia melibatkan ramai pihak yang perlu bertindak balas dan menyumbang ke arah itu.
Sebanyak 16200 pokok telah ditanam dan 500 daripadanya telah ditanam di sekitar Putrajaya.
Anak - anak pokok yang lain telah ditanam di sekitar Alor Setar (Kedah), kangar (Perlis), Perak, Bachok, Kelantan, Melaka, Seremban, N.Sembilan, Kulai, Pahang, Pulau Pinang, Selangor, Kota Kinabalu dan Sarawak.
Pendahuluan
07:33 | Author: mraz
Pengguna mempunyai hak-hak tertentu, namun begitu hak-hak berkenaan tidak diperolehi secara otomatik. Ramai pengguna yang kurang tahu atau kurang mengambil tahu akan hak-hak mereka. Pengguna harus menyedari bahawa mereka mempunyai hak-hak tertentu dan seterusnya berusaha bagi mendapatkan hak-hak tersebut.

Pengguna seharusnya:-
1. Mengetahui apakah hak-haknya,
2. Menuntut hak tersebut daripada pihak yang sepatutnya, dan
3. Memainkan tanggungjawab dan peranan yang sewajarnya untuk mendapatkan hak tersebut.

Kesimpulannya, amalan pengguna yang bijak ialah bertanggungjawab sebagai seorang pengguna dan mendapatkan hak yang sepatutnya diperolehinya.
Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Kepada para pembaca yang dihormati sekalian. Di sini saya ingin memaparkan hak kita selaku pengguna untuk mendapatkan alam sekitar yang sihat dan isu - isu yang berkait rapat dengannya.

PAUTAN

  • http://earthobservatory.nasa.gov/
  • http://www.biosafety.nre.gov.my/
  • http://www.cbd.int/2010/welcome/
  • http://www.iim.com.my/index.php
  • http://www.nre.gov.my/EN/Pages/HomeBiod.aspx
  • http://www.un.org/events/environment/index.html
  • http://www.undp.org.my/cartagena-protocol-on-biosafety